130410 - Mahkamah Tinggi Syariah, Gagalkan Permohonan Anwar Bagi Mendapatkan Perintah JAWI Dakwa Saiful Ikut Undang-Undang Qazaf !!


Berita paling panas dan mengejutkan diterima hari ini, ialah berkenaan kes fitnah liwat Saiful Bukhari Azlan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Amat malang dan sungguh memalukan apabila Mahkamah Tinggi Syariah hari ini menggagalkan permohonan Anwar untuk mendapat perintah agar bahagian pendakwa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mendakwa Saiful mengikut undang-undang Qazaf. Ini berikutan keputusan mahkamah tersebut hari ini yang membenarkan permohonan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Datuk Jamil Khir Baharom), Pengarah JAWI (Datuk Che Mat Che Awi) dan Ketua Pendakwa Syarie (Shamsuddin Hussain) untuk membatalkan permohonan Anwar itu. Tindakan yang dilakukan oleh mahkamah ini secara jelas telah mencemarkan kesucian agama Islam itu sendiri. Ia jelas membuktikan bahawa mereka sepatutnya meningkatkan syiar Islam itu, kini telah secara terang-terangan menentang segala undang-undang syarie yang telah termaktub itu. Tambah malang lagi bila tiga individu yang sepatutnya bertanggungjawab untuk melaksanakan amanah yang diberikan oleh Allah SWT itu akhirnya sanggup untuk menghalang perlaksanaan undang-undang terbabit. Ini jelas sekali membuktikan bahawa mereka semua itu adalah manusia munafik yang mengelirukan umat Islam di negara ini. Maka, dengan itu wajarlah negara kita Malaysia tidak lagi dilabelkan sebagai negara Islam oleh puak-puak UMNO BN. Kerana mereka secara terang-terangan cuba mempersenda dan menghina perlaksaaan undang-undang Islam itu.


Dipetik dari : http://pahangdaily.blogspot.com/




P/S : PENING..PENING..PENING..

0 Responses to "130410 - Mahkamah Tinggi Syariah, Gagalkan Permohonan Anwar Bagi Mendapatkan Perintah JAWI Dakwa Saiful Ikut Undang-Undang Qazaf !!" (Leave A Comment)