180410 - AL-FATIHAH..[ALLAHYARHAM ABDILLAH MURAD MD. SHARI (ACHIK SPIN)]


SEREMBAN, 17 April -- Penyanyi Achik Spin atau nama sebenarnya Abdillah Murad Md. Shari, 27, meninggal dunia dalam kemalangan ngeri di KM 14.7 Lebuh Raya Kajang-Seremban (LEKAS) dekat sini, Sabtu petang.

Pegawai Turut Trafik negeri ASP Abd Halil Hamzah berkata kejadian berlaku pukul 6.15 petang apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima yang dinaiki penyanyi itu bersama seorang rakan lelaki yang belum dikenali dikatakan terbabas dan melanggar papan tanda.

"Achik meninggal dunia di tempat kejadian selepas kenderaan yang dipandunya itu
melanggar papan tanda selepas melepasi kawasan Rawat dan Rehat (R&R) dekat susur keluar ke Pajam.

"Difahamkan kenderaan yang dipandunya itu dalam perjalanan balik ke Seremban bersama seorang rakan selepas menyertai sebuah rancangan di RTM, Kuala Lumpur," katanya di sini.

Katanya Achik meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan beberapa bahagian anggota badan.

Allahyarham dikatakan tercampak keluar dari kenderaan, yang kemudiannya terbakar dan meletup.


Mayat Achik dan rakannya yang cedera telah dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) Seremban.

Sementara itu Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat dari Mantin, Hamizin Khaidir berkata, penyanyi berkenaan tercampak keluar dari MPV dan orang ramai cuba menyelamatkannya sebelum dia meninggal dunia.

Achik merupakan penyanyi utama kumpulan Spin yang popular sekitar tahun 2002.

Penyanyi yang popular dengan lagu Janji Kita itu telah mendirikan rumahtangga dengan bekas Pegawai Khidmat Pelanggan Astro, H.M. Rose Zaitul Suriani Wati Maarof pada Nov 2005.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Puteri Rania pada 2007 tetapi meninggal dunia ketika berusia dua bulan akibat demam panas dan masalah usus dalam perut.

-- BERNAMA

[Dlm diam2 Achik tlah mninggal kan kita buat slama2nye..dalam usia yg bgtu muda Allahyarham telah djemput menghadap Illahi..kita sbagai hamba Allah yg msih hidup ni prlu mmperbykkn ibadat bg bekalan kelak..Ajal maut tdk mengira umur apatah lagi status mahupun harta n pangkat kita..Ucapan takziah kepada balu n keluarga Allahyarham,semoga tabah dalam menghadapi pemergian Allahyarham ini..Ternyata Allah lebih menyayangi Allahyarham..Stiap ujian yg datang dari Allah kpd hambaNya i2 ad hikmah dsbaliknya..Same2 lh kta mendoakan roh Allahyarham tenang n brada dlm golangan para mukmin..AL-FATIHAH....]


P/S : THANI..IDOLA KO DH PEGI BT SLAME2NYE...TAKZIAH DARI AK...


0 Responses to "180410 - AL-FATIHAH..[ALLAHYARHAM ABDILLAH MURAD MD. SHARI (ACHIK SPIN)]" (Leave A Comment)