190510 - Bingkisan Buat Mu.


Kasihku,
Cinta itu anugerahNya yang tak terhingga,
Bajanya dengan penuh didikan,
Menjaganya dengan penuh kasih sayang,
Hiaskanya dengan penuh ketakwaan,
Barulah diri merasa kesyukuran..

Sayangku,
Jika diriku diterima kerana kelebihan,
Kau akan kecewa bila terlihat kekurangan,
Jika diriku diterima kerana kecantikan,
Kau akan bosan bila ia beransur hilang..

Aduhai sayang,
Jelaskan matlamat dan niat mu,
Menerimaku kerana agama,
Baru hidup beroleh berkat,
Bahagia hingga ke syurga..

Kasihku,
Kita dua insan yang mempunyai cita dan cinta yang sama,
Jadilah dirimu yang sebenarnya,
terimalah diriku seadanya..

Sayangku,
Menang bukan bererti benar,
Kalah bukan bererti salah,
Dalam berdebat,
hormat memagar,
tawadukmu budi terindah..

Kasihku,
Berjanjilah padaku,
Dengan kemuliaan dirimu,
Kenalkan aku dan generasiku,
Pada kemuliaan Penciptamu..

Kasihku,
Aku yakin pada dirimu,
Aku yakin pada keperibadianmu,
Kau boleh membimbingku dan generasi kita..

Sayangku,
Aku bukan lelaki yang sempurna,
Terlalu banyak kekurangan dalam diriku,
Terlalu banyak kelemahan pada diriku,
Kerana ku rasakan terlalu jahil diriku,
Aku yakin pada dirimu sayang,
Kau boleh membimbingku untuk menutupi kelemahanku dan kejahilanku..

Sayangku,
Aku teramat mencintai dirimu,
Akan ku tunggu saat ku melafazkan sebuah akad janji,
Untuk diri mu bergelar isteriku dan aku menjadi suamimu..

Doa sentiasa mengiringi impianku ini...





P/S : MALAM NI AKU BERTOLAK BALIK KE UITM..ADE KERJA YANG PERLU AK SLESAIKAN DI SANA..DOAKN KESELAMATAN N KSEJAHTERAAN AKU D SNE..SMOGA KTA BRJUMPE LAGI...SALAM..TAKBIR !!!...ALLAH HUAKHBAR..


4 Responses to "190510 - Bingkisan Buat Mu." (Leave A Comment)

ur love says
9:53 pm

thnx cyg...love u so much!!!

Anonymous says
2:52 am

top [url=http://www.c-online-casino.co.uk/]www.c-online-casino.co.uk[/url] coincide the latest [url=http://www.realcazinoz.com/]online casinos[/url] autonomous no consign hand-out at the best [url=http://www.baywatchcasino.com/]baywatchcasino.com
[/url].

Anonymous says
1:34 pm

buy valium online 5mg valium equivalent - buy valium online in australia

Unknown says
5:32 pm

hy teman'' yg suka main poker online..gabung ya di poker online www.rimbapoker.com